Sabtu, 5 Januari 2013

Rindu Waktu Itu~~

Pengalaman yg banyak mengajar aku kenal dunia persekolahan semasa aku menjalani praktikal di Sek Men Kubang Rotan Kuala Kedah...Nak kata syookk..mmg syok gler...hehehe
Kat sini 1st timenye aku mencuba pelbagai benda yg aku sendiri tidak pasti bole buat atau tidak..dgn berkat doa Ibu Abah tercinta..aku akhirnya dapat laa A..tp A- laaa..ALHAMDULILAH pd ALLAH dan trm ksh pada warga sekolah yg byk gleerr mmbantu aku dlm pelbagai aspek laa..xlee nk kata daa..syukurr..
 
TP..bila direnungkan kembali..adakah tanggungjwb yg aku pikul mse prtkl benar2x aku pikul sebagai amanah daripada ALLAH?
 
SUBHANAALLAH...jujur aku kata,kdg2 ianya mmberi beban pd aku...adakah itu nama aku tidak ikhlas?
 
 
Niat perlu dipasang dgn baik sebelum melakukan apa2x...IKHLAS tidak merugikan,malah memebri ganjaran diakhrat kelak..
 
Apa2x pon...aku nk ckp kat murid2ku suatu yg CIKGU SAYANG DAN RINDUKAN KAMU SEMUA...
 
student 2A2...CM2 RAGAAM Oiiiii...(^_^)
 
 

aku ingin berubah~~

Assalamualaikum...
Hari ini bersamaan 5 Jan 2013, terbuka pintu hatiku ingin menyusuri laman blog yang telah lama aku tinggalkan..bukan kerana aku lupe password or apa2...tapi memang tak terlintas nak menulis lagi2x nak cakap tentang diri sendiri kat blog..
Muhasabah~~
Alhamdulilah selamat puasa pada hari ni setelah sekian lama tidak menjalankan ibadah sunnat ni..rasa sunyi tetibe sebelum tidur semalam..fikirkan terlalu banyak perkara,tentang perubahan diri aku yang dah semakin merbahaya..semakin teruk..dan kadang2 aku inginkan seseorang yang boleh duduk dengar luah hati aku tentang diri aku yg kian bermasalah ini..masalah hati aku yg perlu diubati...
Masalah Hati~~
Semalam chating dgn seorang teman yang telah lama menyepi di Fb, aku ingat beliau dah pon unfriend aku..tp x pon..(heheh (^_^)..chanting pnye chating ttbe2 die send kat aku..lelaki yang soleh insyALLAH bole membimbing sesiapa wanita bergelar isteri, tetapi wanita Solehah susah kalo dapat lelaki xsoleh..aku tergamam~~jauh di sudut hati seorang wanita..inginkan lelaki SOLEH sebagai pemimpin duniawi ukhrawi..ADAKAH AKU LAYAK UNTUK LELAKI SOLEH??
 
 
air mata mengalir~~teringatkan dosa-dosa yang telah aku lakukan...SUBHANAALLAH..AKU INGIN BERUBAH..YA ALLAH,BANTULAH AKU..SUCIKANLAH HATIKU YA ALLAH
 

Sabtu, 26 Februari 2011

Aku ingin sepertinya..

In-Team

Rabiatul Adawiyah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

AKU INGIN SEPERTINYA
iema adawiyaa
 

Jumaat, 11 Februari 2011

Petanda Jodoh Kita

1.     Bersahaja.
Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik?
Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Tetapi apabila dia tampil bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.
2.      Senang bersama.
Walaupun selalu bersama tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama.
Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang dan malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.      Terima kita seadanya.
Apapun kisah silam yang pernah dilakukan, dia tidak ambil peduli.
Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.      Sentiasa jujur.
Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hokum-hakam agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta dihatinya, kebahagiaan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan.
5.      Kata hati.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Deria batin ini juga membolehkan kita mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu.